Hari ini, 3 Mei 2025 — Yayasan Amal Malaysia telah dijemput oleh NGO Jerai untuk menyertai Program Latihan CPR & Penggunaan Mesin AED yang dijalankan bersama komuniti.
Wakil Pegawai daripada Bahagian Bencana & Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia telah hadir menyertai sesi latihan ini sebagai satu usaha memperkukuh persediaan dalam pengurusan kecemasan di lapangan.
Kami percaya ilmu dan latihan seperti ini sangat penting untuk meningkatkan kecekapan petugas kami, khususnya dalam misi-misi kemanusiaan dan bantuan bencana yang memerlukan tindakan pantas menyelamatkan nyawa.
Terima kasih NGO Jerai atas jemputan & kerjasama ini.
Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan demi membina masyarakat yang lebih bersedia dan cakna terhadap keselamatan.
#YayasanAmalMalaysia #CPR #AED #LatihanKecemasan #Kemanusiaan