Hari ini Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah bergegas ke Bukit Selambau untuk beri sumbangan sebuah Khemah dan 50 kerusi untuk kegunaan orang ramai di Klinik Kesihatan Bukit Selambau, Kedah.
Sumbangan ini bertujuan untuk memberi kemudahan pihak frontliner, klinik dan masyarakat yang beratur menunggu giliran ketika dalam proses untuk mendapatkan vaksin. Terima kasih kepada semua penyumbang dan relawan yang turut serta.