Hospital Kajang menerima sumbangan bantuan alatan perubatan bernilai RM 27 ribu

Hospital Kajang menerima sumbangan alat bantuan perubatan daripada NGO di bawah Khidmat Malaysia iaitu Yayasan Amal Cawangan Selangor, PAPISMA, Kota Raja Care dan Kumpulan Wanita Islam Prihatin bernilai RM27 ribu.

Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor, Ustaz Yusof Abdullah berkata sumbangan ini adalah hasil sumbangan orang ramai bermula daripada awal Julai yang lalu.

Katanya, sumbangan berharga ini akan membantu sistem frontliner di Hospital dalam mendepani situasi semasa yang mencabar susulan pandemik COVID-19.

Melalui sumbangan ini, hubungan sedia ada di antara Hospital dan NGO akan diperkukuhkan lagi demi kepentingan masyarakat dalam mendepani cabaran daripada pandemik COVID 19. Orang ramai yang berhajat untuk turut serta membantu dalam kempen ini boleh melalui klik link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *