Dana Palestin RM 200 Ribu Diserahkan Kepada Cinta Gaza Malaysia

Majlis Penyerahan Dana telah berlangsung pada hari ini, 31 Mei 2021 jam 11.30 pagi. Penyerahan dana tersebut dilakukan adalah bagi dan buat Palestin. Sebanyak RM 200 ribu telah diserahkan kepada pihak Cinta Gaza Malaysia. Majlis tersebut berlangsung di pejabat Cinta Gaza Malaysia yang terletak di Bangi, Selangor.

Majlis tersebut dihadiri oleh tim Yayasan Amal Malaysia dan tim Cinta Gaza Malaysia. Dana tersebut diserahkan oleh Dr. Halimah Ali selaku Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia dan dana diterima oleh En. Johan selaku COO Cinta Gaza Malaysia. Majlis berlangsung dengan lancar dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *