23 Ogos 2020 – Program urban farming @ berkebun di rumah jarang diambil peduli oleh orang ramai. Namun, semenjak tempoh kawalan pergerakan (PKP) melanda Negara akibat abak COVID 19. Ramai yang mula berjinak-jinak dengan bercucuk tanam di rumah.
Justeru itu, Amalnita Selangor dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan satu program di Kapar, Klang bagi mengajar teknik-teknik penanaman yang betul serta mengajar teknik membuat baja dan racun serangga secara organik. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Hjh Halimah Ali selaku Pengerusi Amalnita Malaysia.
Seramai 30 orang peserta hadir menimba ilmu, rata-rata teruja dengan ilmu yang dikongsikan. Mereka juga berharap akan ada lagi program seperti ini di masa akan datang. Amalnita Selangor mengharapkan semoga peserta dapat menghasilkan tanaman masing-masing di rumah disamping dapat menyediakan menu sihat buat ahli keluarga dan serta mampu menjimatkan perbelanjaan harian keluarga.