LEBIH 1600 HELAI TUDUNG FRONTLINER TELAH DIAGIHKAN DI SELURUH NEGARA - Amal Malaysia

LEBIH 1600 HELAI TUDUNG FRONTLINER TELAH DIAGIHKAN DI SELURUH NEGARA

MENCIPTA RAMADHAN DENGAN PENUH MAKNA
April 10, 2020
DISKAUN KFC, PIZZA HUT SEPANJANG TAHUN?
April 25, 2020
Penghantaran Tudung Frontliner di HKL

18 April 2020 : Semenjak pelancaran kutipan dana tudung untuk frontliner pada 27 Mac yang lepas, Yayasan Amal Malaysia telah berjaya mengutip sumbangan lebih 1600 helai tudung dan diagihkan ke hospital di seluruh Malaysia.

Sehingga hari ni, sebanyak 5 buah hospital telah menerima agihan tudung ini iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Seremban dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Hj Salleh Farmin, Pengurus Projek Tudung Amal Frontliner berkata bahawa matlamat asal sumbangan tudung ini adalah sebanyak 1000 unit namun sambutan yang diterima daripada para penyumbang sangat menggalakkan sehingga angka 1000 unit dapat dicapai dalam tempoh kurang seminggu.

Beliau menambah lagi bahawa sehingga semalam, kutipan sumbangan hampir mencapai 2000 helai tudung dan bercadang untuk meningkatkan angka sasaran ke 3000 helai.

Pihak hospital yang menerima sumbangan tudung ini sangat berterima kasih dan menyatakan bahawa barang sumbangan seperti set PPE, tudung dan lain – lain sangat diperlukan ketika ini.

Yayasan Amal Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hanami Boutique dengan kerjasama bagi menghasilkan tudung uniform bagi kegunaan para Frontliners khususnya doktor dan jururawat ketika bertugas merawat pesakit COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *