Kenyataan Media Yayasan Amal Malaysia

1. Pihak Yayasan Amal Malaysia (AMAL) mengalu – alukan arahan baru Kerajaan untuk tidak membenarkan Semua NGO menyampaikan bantuan secara terus ke sasaran dengan tujuan mengehadkan pergerakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. AMAL menyambut baik arahan ini dan akur dengan serta merta.

3. AMAL akan terus fokus mengutip dana melalui sumbangan – sumbangan orang awam dan badan korporat yang lain bagi meneruskan kerja – kerja membantu mangsa yang terjejas teruk seperti Institusi Pendidikan dan peniaga kecil melalui pelbagai program selepas berakhirnya PKP.

4. Walaubagaimanapun, AMAL sebagai sebuah NGO yang telah pun berkhidmat lebih awal lagi melalui cawangan – cawangannya di seluruh negara bersedia membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Kerajaan sekiranya diperlukan.

5. AMAL juga telah diktiraf oleh Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) untuk bekerjasama bagi melaksanakan program MusaadahCOVID19 sepanjang tempoh PKP khususnya agihan makanan Ready To Eat. Sehingga kini, lebih 1500 pek agihan makanan Ready to Eat dan lebih 550 pek bantuan barangan keperluan telah diedarkan ke seluruh negara.

6. Bagi tujuan tersebut, AMAL bersedia mematuhi arahan lebih ketat yang dikeluarkan oleh pihak MKN dan KKM.

7. AMAL juga memohon pihak Kerajaan untuk mengkaji dan mengeluarkan segera garis panduan standard penglibatan NGO terutamanya dalam aspek keselamatan dan kawalan penyakit. Taklimat SOP khas hendaklah diberikan kepada NGO terpilih supaya benar – benar terlatih dalam urusan penyampaian bantuan.

8. Selain itu, AMAL merayu dan menawarkan untuk bersama – sama NGO lain dalam jumlah yang ditetapkan untuk membantu RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Tentera Malaysia menyampaikan sumbangan dari orang ramai yang disalurkan melalui pihak kami.

9. AMAL juga menyarankan agar mengekalkan NGO tertentu sebagai Pusat Pengumpulan sumbangan selain JKM dengan syarat – syarat yang ditetapkan supaya para penyumbang lebih yakin dan memberi kepercayaan.

10. Akhir sekali pihak AMAL merayu agar peranan NGO Islam dikekalkan dalam melaksanakan gerak kerja kritikal secara terpimpin dan patuh SOP yang disediakan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN BERAMAL KERANA ALLAH”

TUAN HAJI HUSSIN ISMAIL
Presiden
Yayasan Amal Malaysia
29 Mac 2020

#yayasanamalmalaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *