Timbalan Pengerusi AmalNita ungguli Anugerah Bakti, Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Terengganu - Amal Malaysia

Timbalan Pengerusi AmalNita ungguli Anugerah Bakti, Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Terengganu

KEMPEN WAKAF & HIBAH DI MASJID UNITEN
February 19, 2019
Mercu Tanda Perkembangan Dakwah Islamiah Di Malaysia
February 26, 2019

Kuala Terengganu: Timbalan Pengerusi AmalNita, Yayasan Amal Malaysia, Puan Rosemunainah Binti Noor Asmuni mengungguli Anugerah Bakti di Sambutan Hari Saidatina Aisyah sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Terengganu, tengahari tadi.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak yang membolehkannya membawa pulang sijil penghargaan dan hadiah wang tunai sebanyak RM 1000.

Beliau merupakan lulusan Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains dan Pendidikan serta terlibat aktif dalam dunia pendidikan. Dengan visi hidup “Beramal Kerana Allah”, beliau giat menjalankan aktiviti kesukarelawanan khususnya dalam dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan bersama Yayasan Amal Malaysia sejak tahun 2001.

Ibu kepada 6 orang lelaki dan 3 orang perempuan ini juga berjaya membesarkan kesemua anak beliau menjadi hafiz dan hafizah Al Quran. Beliau turut merupakan salah seorang pengasas Akademi Al Quran Amalillah (AKMAL), sebuah akademi tahfiz Al Quran berpusat di Marang dan Shah Alam yang menggunakan kaedah hafazan selama 1 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *