TNB & AMAL MALAYSIA BERKOLABORASI MEMBANTU KOTA PALU - Amal Malaysia

TNB & AMAL MALAYSIA BERKOLABORASI MEMBANTU KOTA PALU

PERBINCANGAN DUA HALA: Yayasan Amal Malaysia – Al Quds,KUIS
February 5, 2019
CANSUYU CAMEROON & MASJID AL TAQWA BANTING bekerjasama dengan AMAL MALAYSIA dalam misi Water4Life
February 19, 2019

Bangsar: Majlis penyerahan cek sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM 40,000.00 kepada Amal Malaysia telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sobri Bin Haji Shafie yang mewakili Persatuan Kakitangan Islam TNB di ibu pejabat TNB pada pagi semalam.

Tujuan sumbangan itu adalah untuk pembinaan masjid darurat di Kota Palu. Majlis itu telah dihadiri oleh Tuan. Haji Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden Amal Malaysia dan Tuan. Haji Salleh Farmin selaku Pengurus Besar Amal Malaysia serta Ust Fajuri Mamat sebagai Setiausaha Persatuan Kakitangan Islam TNB.

TNB sangat komited dalam membantu kerja-kerja kebajikan masyarakat dan merasakan bahawa usaha untuk membantu masyarakat Kota Palu pasca bencana bencana adalah langkah yang sangat wajar.

Sumbangan tersebut akan digunakan sepenuhnya dalam usaha pembinaan masjid darurat di Kota Palu. Sehingga kini, sebanyak 72 buah masjid darurat di Kota Palu telah berjaya didirikan oleh Amal Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *