Si Cilik Tadika Amal Hidayah Di Sabah

Tadika AMAL hidayah, Salah satu projek berimpak tinggi Yayasan Amal Malaysia. Kali ini misi dijalankan di Batu Lunguyan, Keningau, Sabah uang mana menempatkan lebih kurang 20 orang pelajar dan 3 orang guru terlatih di bawah Pusat Dakwah Serantau .

Kebanyakan pelajar tadika di sini dari latarbelakang keluarga sederhana dan miskin yang tidak mampu menghantar anak mereka ke tadika berbayar yang lain. Lebih menarik lagi, ada yang dari keluarga yang belum Muslim, namun anak mereka dihantar ke tadika ini dan belajar dalam sistem pendidikan aliran Islam.

Inisiatif Yayasan Amal Malaysia di bawah jabatan Relawan Duat (RINDU) telah membina dan mengurus Tadika Amal Hidayah yang dijalankan secara Percuma. Semuanya hasil daripada sumbangan orang ramai kepada Yayasan Amal Malaysia.

Inilah antara anak-anak yang kami didik di Tadika Amal Hidayah di Sabah. Mereka diberi kelengkapan belajar secara percuma, makan minum dan pakaian juga secara percuma hasil sumbangan orang ramai yang prihatin nasib mereka.

Insya Allah beberapa Tadika Amal Hidayah akan dibuka lagi di beberapa tempat. Permintaan masyarakat Muslim dan belum Muslim di pedalaman kami akan usaha tunaikan sebaik mungkin. Teruskan menyumbang untuk pendidikan mereka.

Jika anda ingin menyumbang termasuk dana waqaf, hubungi wakil kami seperti di bawah.

Ustaz MK Azman
Pengerusi tadika AMAL Hidayah,
019-6342942

Salurkan sumbangan melalui tabung dana online di
www.amalmalaysia.org.my/sumbangan

Penama : Yayasan Amal Malaysia
Bank Islam : 13053010003149
Bank Muamalat : 13010002499715
Maybank : 553010122090
CIMB Bank : 8600296190

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *