Sumbangan Tudung bagi Frontliner Negara - Amal Malaysia

Sumbangan Tudung bagi Frontliner Negara

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ‎
INFAQ RAMADHAN
5000 PASANG TUDUNG UNIFORM DIPERLUKAN FRONTLINER NEGARA!!
SUMBANGAN TUDUNG UNTUK FRONTLINER

Kami dari Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) ingin menyampaikan Rayuan dari para Petugas barisan hadapan negara kita.

Para Doktor & jururawat muslim kita MASIH LAGI memerlukan kelengkapan asas penting ketika sedang bertugas ketika ini.  Oleh kerana setiap pakaian yang digunakan ketika bertugas tidak boleh dibawa pulang dan perlu dicuci atau dibuang, ia menjadikan uniform sedia ada tidak mencukupi. Berkat sumbangan anda, dapat membantu meringankan beban para frontliner kita yang sedang berjuang.

Perjuangan Frontliner kita masih belum tamat lagi, walaupun kita sudah diberi kelonggaran untuk bergerak

Update Sumbangan setakat : KHAMIS  , 7/5/2020
Unit Tudung yang disumbangkan oleh para penyumbang: 2337
Baki Tudung yang masih diperlukan: 2663

UPDATE SERAHAN!



TERKINI SEHINGGA 6 MEI 2020, SEBANYAK 1800 UNIT TUDUNG TELAH DISERAHKAN KE FRONTLINER HOSPITAL-HOSPITAL BERIKUT

1. HOSPITAL SERDANG, SELANGOR
2. HOSPITAL SG. BULOH
3. HOSPITAL SULTAN ABD HALIM, SG PETANI
4. HOSPITA TUNGKU FAUZIAH, KANGAR
5. HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR
6. HOSPITAL KUALA LUMPUR
7. PEJABAT KESIHATAN DAERAH KLUANG
8. HOSPITAL ENCHE BESAR HAJAH KALSOM, KLUANG
9. HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB, KOTA BHARU

UNIT TUDUNG YANG ADA TELAH PUN DISERAHKAN KEPADA  CAWANGAN YAYASAN AMAL NEGERI DAN AKAN DISERAHKAN KEPADA FRONTLINER HOSPITAL DI NEGERI MASING-MASING. INSHA ALLAH KAMI AKAN UPDATE SERAHAN TERSEBUT DI FACEBOOK RASMI YAYASAN AMAL MALAYSIA ,SERAHAN TUDUNG UNIFORM LAIN AKAN DIBUAT KEPADA FRONTLINER PADA WAKTU TERDEKAT INI. UCAPAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DARIPADA FRONTLINER KITA YANG TELAH PUN MENERIMA SUMBANGAN TUDUNG DARIPADA ANDA PARA PENYUMBANG YANG BUDIMAN.

MOHON JASA BAIK ANDA SEMUA UNTUK SHARE LINK DIBAWAH KEPADA RAKAN-RAKAN TERDEKAT DI FB & JUGA DI   WHATSAPP/ WHATSAPP GROUP



Justeru, dengan ini kami melancarkan rayuan untuk membeli 5,000 pasang tudung uniform yang akan diagihkan kepada jururawat-jururawat muslimah barisan hadapan di seluruh negara yang berjuang merisikokan nyawa mereka setiap hari demi kehidupan para pesakit dan masa depan kita semua.

Sempena ramadhan yang mulia ini, berinfaqlah dan bersedekahlah kerana dahsyatnya ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang berinfaq pada bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah permudahkan urusan para penyumbang yang budiman serta menunaikan hajat kalian asbab sedekah dan infaq tuan-puan yang budiman.

Kami juga sangat mengalu-alukan sumbangan dari warga korporat. Bagi tujuan ini, pihak korporat boleh berhubung dengan Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia, Tuan Haji Salleh Farmin di talian  03-8928 0660 (No Pejabat)    bagi perbincangan lanjut.



Terima kasih kerana bersama-sama Yayasan Amal Malaysia dalam menyantuni pejuang barisan hadapan negara kita yang sangat memerlukan sokongan kita walau dari jauh, walau dari rumah anda. Setiap helai sumbangan anda sangat bermakna buat mereka.

Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat