WAKAF SEJUTA NASKHAH AL QURAN

IMPIAN WAKAF AL QURAN 1,000,000 DARI MALAYSIA UNTUK MUSLIM AFRIKA

 

Yayasan Amal Malaysia, NGO dakwah dan kebajikan mempunyai impian mencari wakaf Al Quran sebanyak 1,000,000 naskah untuk disumbangkan kepada fakir miskin dan daif terutamanya di madrasan pedalaman komuniti Muslim di Afrika.

Kami sudah menyaksikan ribuan anak-anak yang cintakan Al Quran, membaca dan menghafalnya tetapi mushaf Al Quran mereka lusuh, carik dan koyak. Allahuakbar..

Kami mencari pewakaf yang bermurah hati seperti anda untuk membantu mewakafkan Al Quran untuk dihadiahkan kepada mereka.

 

Hanya RM30 senaskah

Wakaf Al Quran anda akan diagihkan kepada pelajar-pelajar madrasah dan perkampungan terpilih khususnya di kawasan pedalaman Afrika serta beberapa kawasan pedalaman di Malaysia dan serantau Asia.

Aktiviti edaran wakaf Al Quran ini aktif dijalankan oleh para sukarelawan kami. Anda juga boleh turut serta menjadi tenaga sukarelawan kami dan sampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan

 

LAPORAN AKTIVTI AGIHAN AL QURAN YANG TELAH DILAKSANAKAN

SUMBANGAN
Kami menerima sumbangan tunai anda kepada tabung dana Wakaf Quran kami

PEMBELIAN
Pihak kami akan membuat tempatan untuk cetakan Al Quran di Afrika

PENYEBARAN
Nakshah Al Quran diagihkan ke beberapa lokasi terpilih yang memerlukan naskhah Al Quran

DOKUMENTASI
Edaran Al Quran dirakamkan sebagai bukti serahan Wakaf Al Quran anda kepada penerima

Wakaf Quran
Saham Akhirat Anda

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)