PENDIDIKAN PERCUMA ANAK-ANAK RAKAN JALANAN

Villa Mawaddah merupakan projek rumah kebajikan yang mensasarkan anak-anak terbiar dan tidak berkeluarga. Fokus Villa Mawaddah ialah untuk membantu pendidikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini ke arah yang lebih baik.

Tujuan Villa Mawaddah ialah untuk memberikan pendidikan serta kemahiran kepada mereka dengan harapan apabila mereka mencapai usia matang, mereka boleh keluar dan berdikari serta boleh menyumbang kepada masyarakat sekeliling.

Sabda Rasulullah S.A.W ,
“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri” (Bukhari, Muslim)

GAMBAR AKTIVITI-AKTIVITI VILLA MAWADDAH

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI VILLA MAWADDAH

Motivasi Pelajar Cemerlang
Rehlah Villa Mawaddah
Tuisyen Percuma