TADIKA PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK PEDALAMAN

Tadika AMAL merupakan kesinambungan daripada aktiviti Ziarah Mahabbah yang dilakukan setiap tahun di Pedalaman Sabah & Sarawak. Fokus tadika ialah membantu pendidikan anak-anak di pedalaman yang tidak mempunyai akses pendidikan formal .

Guru-guru di tadika merupakan pelajar Pusat Dakwah Serantau (PDS) yang dididik selama 3 tahun di Sungai Merab, Kajang. Tadika AMAL adalah percuma kepada semua pelajar daripada aspek pemakaian, buku dan makanan harian. Pelajar dan Guru di Tadika AMAL ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Amal Malaysia melalui sumbangan perseorangan dan pihak korporat.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka kedua-dua orang tuanya menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Senarai Lokasi Tadika AMAL :
1. Kampung Salangan, Pulau Banggi, Kudat Sabah
2. Kampung Mengkapon, Pitas, Kota Marudu Sabah
3. Kampung Batu Lunduyan Keningau Sabah
4. Kampung Mansiat, Keningau Sabah
5. Kampung Beluran, Sabah
6. Kampung Kabatang, Keningau Sabah

GAMBAR AKTIVITI-AKTIVITI DI TADIKA AMAL

DOKUMENTARI TADIKA AMAL, YAYASAN AMAL MALAYSIA