INTERNATIONAL CONFERENCE ON MARAWI

Peta luka ummat Islam sentiasa memanjang senarainya. Menitip qunut nazilah kerana darah ummat yang ditumpahkan dengan cara yang tidak halal, daripada Gaza, Syria, Kashmir, Xinjiang, Afrika Tengah ,kini wajar dimasukkan sekali nama Marawi. Berjiran dengan Malaysia, Filiphina bukanlah asing kepada rakyat negara ini ,namun tak terjangkau penderitaan kepada anak cicit kerajaan Sulu ini. Sepanjang tempoh lima dekad pembantaian terhadap muslim di Mindanao ,lebih 100 000 muslim telah terkorban, jutaan yang tercedara bahkan terpaksa melarikan diri ke Sabah ,seterusnya mengheret isu hiliran yang lain.

Adalah langkah yang sangat tepat bagi Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama gerakan pembebasan bangsa Moro, TSIS ( bagi pihak kerajaan Terengganu) menganjurkan International Conference on Marawi yang berlangsung selama tiga hari di Duyong Marina Resort Kuala Terengganu. Program impak masif yang membongkar kesengsaraan penduduk Islam Marawi selama puluhan dekad serta merancang usaha membangunkan kembali ibukota pesisir laut yang indah itu.

Marawi semudah kita menyebut Melawi di Kelantan adalah dua tempat yang berbeda, Marawi dijamu dengan airmata dan darah,manakala satu lagi terkenal dengan nasi kerabu daging bakar. Pusat kerajaan Mindanao ini dikenali sebagai Bandar Islam Marawi yang mana hampir 99 peratus adalah penduduk islam yang berjumlah 200,000 populasi. Kubah masjid dengan pancaran matahari laut menyerlahkan karektor bandar ini, lokasi Marawi terletak di selatan Pulau Mindanao Filipina. Sejarahnya panjang dan menggugah nurani, bangsa Moro adalah pemberani yang pernah berdada dengan penjajah Sepanyol, Amerika dan Jepun. Mereka menggenggam akidah sekuat menggigit akar kayu dengan geraham gigi.

Puluhan tahun gerakan pemisah berusaha mewujudkan kerajaan sendiri dengan identiti mereka sendiri yang sangat jauh berbeza dengan kerajaan pusat di Manila. Dalam masa terdekat Filipina akhirnya akan mengambil langkah kompromi dengan membenarkan kerajaan autonomi di Mindanao. Proses transisi inilah yang akan membuka ruang dan peluang untuk membangunkan Kota Marawi dan Wilayah Mindanao ini.

Peristiwa serangan kerajaan Filipina ke atas bandar Marawi itu berlaku pada bulan Mei 2017 lagi, dengan alasan kononnya memerangi pengganas Daesh, Maute dan Abu Sayyaf. Impak kerosakan kolateral dijangkakan apabila seluruh penduduk awam Marawi diminta keluar mengungsi sehelai sepinggang untuk sementara waktu . Namun penderitaan ini berlanjutan lebih daripada dua tahun, mengheret derita panjang kepada kesan berangkai yang lain.

Bandar Marawi yang indah gemalai itu kini hancur , diterjah serangan ” carpet bombing” tentera Filiphina dengan euforia ketakutan masyarakat awam . Kota paling besar di Mindanao itu kini tidak boleh dimanfaatkan oleh warganya dan penduduk asalna tidak boleh pulang ke rumah masing-masing sehingga sekarang . Krisis kemanusiaan menjelma dengan wajah yang hodoh, serangan 2017 dahulu telah memusnahkan 95% struktur bangunan bandar di mana 3,152 bangunan telah musnah berantakan secara keseluruhan manakala 2,145 bangunan telah mengalami separuh kerosakan. Bangunan milik kerajaan awam , sistem pembentungan , saluran air terjejas dengan teruk sehingga menyukarkan kehidupan.

Peperangan atas alasan apa sekali pun akan menoreh luka yang dalam. Selama 5 bulan peperangan berlangsung pada tahun 2017 telah menyebabkan 47 orang awam terbunuh dan lebih 359,00 atau 72,000 keluarga kehilngan tempat tinggal dengan erti kata menjadi pelarian perang. Bandar Marawi mempunyai kira-kira 200 000 penduduk Muslim yang terlibat secara langsung menjadi mangsa perang tidak diendahkan nasib mereka oleh masyarakat antarabangsa.

Perang antara tentera kerajaan Filiphina dan separatis, elemen-elemen daesh dan sebagainya telah menyebabkan sekurang-kurangnya 3,000 keluarga lagi hidup merempat . Kanak-kanak, wanita dan orang tua sangat terkesan dengan penderitaan ini. Mereka menjadi pelarian di negara sendiri , hanya mampu berteduh di khemah plastik dengan latar sosial yang sangat terpuruk.

Persidangan International Conference Marawi (ICM) di bawah IFRD yang merupakan sebuah NGO Antarabangsa yang digerakkan penubuhannya oleh Yayasan Amal Malaysia ( YAM) terdiri daripada sepuluh buah negara diadakan bagi mencerahkan mata masyarakat dunia antarabangsa agar menyorot isu pembantaian Marawi ini sebagai suatu yang menusuk nurani dan perlukan pembelaan dan pemberdayaan semula. Peserta dan delegasi pelbagai negara mengerah akal untuk membincang langkah membangunkan semula Marawi, dengan peserta berprofil tinggi seperti mantan -mantan Menteri kanan Malaysia, tokoh-tokoh gerakan swadaya antarabangsa, ilmuan dan aktivis tegar.

Menurut Haji Apandi Mohamad, inilah julung kali dibuat sidang perbincangan untuk krisis Kota Marawi, menggerakkan pembelaan di peringkat antarabangsa dan melibatkan banyak pihak. Menurut Haji Husein Ismail ,Presiden YAM bahawa isu Marawi ini adalah berkait dengan dua perkara iaitu isu yang menimpa umat Islam dan isu kemanusiaan sejagat.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang membacakan resolusi sidang ini menyentuh isu bagaimana kita hendak membantu dan memulihkan semula masyarakat Marawi dan pembangunan semula di Marawi itu dengan gandingan semua pihak,kerajaan dan bukan kerajaan. Diamnya kita adalah jenayah yang sepi dan kejam kepada nasib sebuah peta luka ummat Islam.

Kredit : Dr. Ridhuan Mohd Noor

AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM ICM

Resolusi Persidangan Antarabangsa Marawi (ICM)

1 – Menggesan untuk meyakinkan pemerintah Filipina, melalui sumber diplomatik, untuk membenarkan yang  penduduk asli Bandar Marawi untuk kembali ke rumah mereka dengan segera.

2 – Membuat saranan kepada pihak kerajaan untuk selamatkan bandar Marawi bagi memastikan keselamatan semua pemulangan. Ia juga disyorkan agar berkesan mekanisme saringan dibentuk untuk memastikan bahawa tidak ada orang luar, pengacau atau subversif unsur-unsur dibiarkan menembusi bandar.

3 – Persidangan ini juga mengesyorkan bahawa tiga notis jelas bulan diberikan sebelum mereka yang kembali dibenarkan kembali. Dalam masa tiga bulan ini tempoh, kerajaan Filipina, melalui itu agensi sendiri dan dengan bantuan, jika perlu, dari bantuan kerajaan lain, NGO dan Masyarakat Sivil membantu dalam segera membuat pemulihan  kemudahan yang diperlukan. Bantuan koporasi dan perniagaan juga harus disambut baik. Kemudahan asas harus merangkumi bekalan air, bekalan elektrik, pembaikan jalan, saliran, sistem pembetungan dan kemudahan asas lain perlu dilaksanakan. Ini harus menjadi usaha berterusan untuk mendorong lebih banyak lagi dan lebih ramai orang untuk pulang ke rumah (Marawi).

4 – Bersamaan dengan perkara di atas, pemerintah Filipina  dengan bantuan pihak lain dan agensi terutamanya dari ASEAN, harus menubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk belajar dan mengesyorkan pemulihan jangka panjang, peningkatan, kestabilan dan kemakmuran Bandar Mawari dan penduduknya.

5 – Kajian-kajian perlu dilakukan dengan merangkumi semua aspeknya pendidikan, kesihatan, pekerjaan, kesejahteraannya wanita dan kanak-kanak untuk membantu membangunkan Marawi.

6 – Bandar Marawi dan  adalah sangat kaya dengan sumber semula jadi – sebahagian besarnya tidak tersentuh dan tidak dieksploitasi. Dengan perancangan yang teliti dan promosi ini akan menarik sejumlah besar pelaburan tempatan dan antarabangsa.

7 – Untuk itu, Malaysia, Indonesia dan Brunei Kerajaan, bersama dengan NGO mereka dan agensi harus bersedia untuk memperluas munasabah bantuan teknikal, kewangan dan lain-lain.

8 – Kami berdoa dengan tulus agar inisiatif di atas dipelopori oleh empat negara ASEAN  dengan tujuan bersama dan besar persamaan budaya, cara hidup, pandangan dan aspirasi nasional harus dapat memupuk dan mencapai serentak Impian ASEAN untuk mencapai keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang paling rapat kebahagiaan untuk semua.