MULTAQA DAKWAH NUSANTARA (2020)

Pertubuhan Muktamar Dakwah Malaysia dan gabungan NGO-NGO Dakwah Malaysia akan mengadakan Multaqa Dakwah Nusantara yang bakal dirasmikan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Lebih daripada 200 peserta akan menyertai program ini iaitu tokoh-tokoh dakwah Nusantara; NGO Dakwah Malaysia; badan-badan Dakwah dari rantau Melayu iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Singapore, Cambodia, Philiphines, Viatnam, Laos, Timor Leste dan Papua New Guinea.

Antara pembentangan kertas kerja, Dato’ Seri Abdul Hadi iaitu ‘Sunnah Pengutusan Rasul dan Sejarah Kemasukan Islam ke Alam Melayu‘.

Mufti Kerajaan Baru Bangsa Moro, Mindanao, Ustaz Abu Hurairah akan membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘Membina Budaya Daie Nusantara‘; manakala wakil Dewan Dakwah Indonesia, Dr M Siddek membawa judu ‘Uslub Dakwah Dalam Kepelbagaian Etnik dan Budaya Nusantara‘.

Dr Ann Wan Seng dari PERKIM bakal membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islamofobia – Ancaman dan Peluang Dakwah‘; Dr Ismail Lotfi dari Thailand bertajuk ‘Sinergi Dakwah – Mengupaya dan Mensepadukan Agenda Dakwah‘ oleh Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, ‘Membudaya dan Memasyarakatkan Dakwah‘.

Antara objektif Multaqa Dakwah diadakan untuk membina rangkaian dan memperkasakan dakwah di alam Melayu serta menyemai kesedaran dan kefahaman bahawa dakwah atau budaya Ud`uu adalah cara hidup Muslim.

Selain itu,  ia juga untuk memberi kefahaman dan komited kapada budaya baru pendekatan dakwah serta memahami sasaran dan platform yang tersedia untuk kerja-kerja dakwah di Negara dan masyarakat masing-masing.

AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM MDN

Resolusi Multaqa Dakwah Nusantara (MDN)

1 – Mencadangkan penama kepada penubuhan jawatankuasa penaja sekretariat Dakwah Rantau ASEAN.

Pengerusi Penaja : Tuan Ibrahim

Ketua Sekretariat : Ustaz Misbah

  • Indonesia Dr Siddiq (Pulau Jawa)
  • Indonesia : Kiyai Haji Misran Agusmar (Sumatera)
  • Malaysia : Haji Hussin Ismail 
  • Thailand : Dr. Nordin
  • Vietnam : Ustaz Ahmad Sulaiman
  • Filipina : Ustaz Abu Hurairah
  • Singapura : Ustaz Syeikh Hussein
  • Laos : Ustaz Imam Vina
  • Kemboja : Ustaz Musa al-Kampuchi
  • Papua : Ustaz Fadhlan Garamatan
  • Brunei : Haji Idris

2 – Mencadangkan diadakan Multaqa Dakwah Serantau sebagai perhimpunan tahunan wakil-wakil pertubuhan dakwah rantau ASEAN bagi membincangkan isu-isu dan penyelesaian dakwah.

3 – Menyelaras gerakan dakwah rantau ASEAN secara berstrategi dan bersepadu melalui sekretariat.

4 – Mewujudkan tabung khas untuk program-program dakwah.

5 – Mewujudkan jaringan dakwah antara negara-negara rantau ASEAN.