Sumbangan – sumbangan anda akan disalurkan kepada saluran-saluran projek kemanusiaan kami yang mencakupi beberapa projek induk iaitu ;
- Water for Life – Menyediakan prasarana yang dibangunkan sendiri bagi membekalkan sumber air bawah tanah kepada masyarakat setempat yang miskin dan negara bencana terutamanya di benua Afrika dan pedalaman.
- Amal Doktor – Memberikan bantuan perubatan secara percuma kepada mangsa negara bencana dan miskin.
- Education for Better Future – Pembinaan pusat pendidikan pra-sekolah kekal dan sementara untuk membangun generasi muda pedalaman sifar buta huruf.
- Human Development Academy (HUDA) atau dikenali sebagai Pusat Dakwah Serantau – pusat latihan para du’at dari kawasan pedalaman tempatan dan luar negara selama 18 bulan secara percuma dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh AMAL hasil sumbangan orang ramai, sebelum dihantar semula ke tempat asal masing – masing bagi meneruskan kerja-kerja dakwah setempat.
- Pembangunan Kompleks PDS– Hasil kutipan dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan Kompleks Pusat Dakwah Serantau (PDS) bagi menyediakan prasarana lengkap kepada para duat dan rujukan relawan dari seluruh dunia.
- Ziarah Mahabbah – Lawatan kebajikan bagi memenuhi tuntutan persaudaraan dan pembangunan masyarakat.
- Relawan Du’at (RINDU) – Sebuah kelab yang mengumpulkan para relawan dan asatizah untuk merealisasikan program pembangunan masyarakat bersama Yayasan Amal Malaysia.
- Bantuan Bencana – Menyalurkan bantuan dari pelbagai aspek seperti perubatan dan keperluan asas kepada mangsa negara bencana.
- Projek Pembinaan Surau/Masjid AMAL – Melaksanakan projek pembinaan surau/masjid di kawasan pedalaman bagi memenuhi tuntutan keperluan saudara baru di kawasan yang memerlukan.
- Amalnita – Projek pembangunan wanita dan keluarga dalam memberikan kemahiran dan pendidikan percuma untuk membantu keluarga miskin dan memerlukan.