Kelab Relawan Du’at (RINDU)


RINDU adalah sebuah sekretariat di bawah Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia yang menghimpunkan sukarelawan dakwah dari pelbagai latar belakang termasuk artis dan penggiat seni yang telah berhijrah seperti Abby Abadi dan Bob Lokman, personaliti TV dan selebriti dakwah, Imam Muda, Pencetus Ummah dan Da’i Millenia dan dipimpin oleh Imam Muda Fakhrul. RINDU juga terbuka keahliannya kepada sukarelawan yang ingin bersama menyebarkan keindahan Islam.

RINDU memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pendekatan dakwah melalui seminar dan bengkel dakwah di lapangan yang dianjurkan di surau, masjid dan IPT.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai RINDU, sila layari dan hubungi admin RINDU menerusi Facebook RINDU