IJTIMAK PERPADUAN UMMAH (RANTAU ASIA)

Kota Bharu Kelantan Darul Naim sekali lagi menjadi saksi kebangkitan ummah dan kali ini melibatkan ummah dan kepimpinan mereka di rantau Asia. Ianya diterjemahkan dalam tiga (3) program mega yang dikembarkan dalam satu Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) dan ia dipengerusikan oleh Ybhg Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man

IPURA mempunyai 3 program berkembar.

i – Seminar Ulamak Antarabangsa yang bakal mengumpulkan para alim ulamak dari Rantau Asia. Ianya terhad kepada alim ulamak yang diundang sebagai peserta dan perwakilan. Berlangsung sepanjang tempoh IPURA Iaitu hari Jumaat dan Sabtu (21-22 Julai 2017). 

ii – Seminar Dakwah Antarabangsa pula berlangsung pada masa yang sama di lokasi berhampiran dengan sasaran berbeza melibatkan agensi-agensi dakwah serantau, ngo, aktivis dakwah dan lainnya. 

iii – Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) akan berlangsung disepanjang tempoh 20 – 22 Julai 2017. Bermula dengan pendaftaran peserta dari seluruh rantau Asia dan pra perasmian pada hari Khamis (20 Julai 2017), hinggalah 21 Julai (Jumaat) dan berakhir pada 22 Julai (Sabtu) pada jam 11.50 malam di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan.

PRA PERASMIAN IPURA

Tarikh : 20 Julai 2017
Hari : Khamis
Masa :
10.00 am – 03.00 pm : Pendaftaran
03.00 pm – 06.30 pm : Aktiviti kepemudaan
08.30 pm – 11.30 pm : Majlis Pra Perasmian
Tempat : Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan

PERASMIAN IPURA dan Aktivitinya

Tarikh : 21 Julai 2017 – 22 Julai 2017
Hari : Jumaat – Sabtu
Masa : 8.00 am (Jumaat) – 11.50 pm (Sabtu)
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan.

AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM IPU 2017

Resolusi Ijtimak Perpaduan Ummah (IPU) Rantau Asia

1 – Menubuh sektretariat yang berpusat di Kuala Lumpur untuk menyelaras isu-isu berkaitan dengan umat Islam.

2 – Mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dan negara majoriti umat Islam agar kekuatan Islam dapat digarap secara lebih berkesan dan sekali gus dapat menaungi umat Islam yang lemah.

3 – Memastikan segala isu dan permasalahan dalam setiap negara Islam dan umat Islam tidak perlu dilibatkan campur tangan pihak luar terutamanya negara barat dalam  menanganinya.

4 – Mempelopori usaha untuk mempelopori bagi mengharmurnikan isu-isu khalafiah dalam kalangan masyarakat supaya tidak memberi ruang kepada musuh memecah belahkan kesatuan umat Islam.

5 – Mempergiatkan pengembangan ilmu Islam dalam kalangan masyarakat di negara masing-masing dengan pelbbagai wasilah yang ada.

6 – Mengambil inisiatif secara bersungguh-sungguh untuk melahirkan ulama pelapis yang akan mewarisi kepimpinan ulama di seluruh rantau Asia.

7 – Menangani isu dan permasalahan dan umat Islam yang ditindas di negara-negara minoriti Muslim seperti Chenhen, Rohingya, Kashmir, Ubezkistan dan lain-lain.

8 – Mengecam sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk yang dilakukan rejim Zionis Israel yang menutup Masjid Aqsa bagi tujuan untuk meroboh dan memusnahkannya.

9 – Memahamkan masyarakat khasnya umat Islam, Islam agama yang membawa kesederhanaan, ke arah mengekang pengaruh radikal Islam dalam kalangan umat Islam.

10 – Mengemblingkan ulama di rantau ini bagi mengembalikan peradaban Islam sebagai model peradaban Islam sejagat.