Sebuah Masjid Amal Malaysia pertama akan dibina di Kampung Hidjelije di Daerah Linya, yang terletak 40 kilometer dari N’Djamena, Chad, Afrika. Masjid itu mempunyai saiz seluas 40 x 60 kaki itu dibina berhadapan tapak masjid asal yang berada disitu. Dapat dilihat video di bawah, masjid asal yang hanya dibina menggunakan gulungan rumput kering dan batang kayu itu tidak mampu menampung jemaah yang ramai untuk menunaikan solat.
Pembinaan masjid ini juga adalah salah satu keselesaan bagi mereka penduduk Hedjelije yang ingin menunaikan solat di masjid. Hanya menggunakan tenaga bateri untuk mendapat kuasa elektrik bagi melaungkan azan menggunakan mikrofon, pembinaan baru ini juga akan memberi lebih kemudahan buat mereka, selain juga mendapat alas solat yang lebih baik, di mana sebelum ini boleh dilihat mereka hanya menggunakan tikar bagi menunaikan solat.
Dewasa kini, TIGA buah Masjid di Chad telah dibina, SATU masjid sedang dibina di Chad dan sebuah lagi masjid akan dibina di Cameroon InsyaAllah..
Alhamdulillah. Perkembangan setakat 10 Oktober 2021 yang telah diterima, pembinaan masjid pertama Amal Malaysia di Chad telah siap dibina bagi manfaat penduduk kampung Hidjelije. Terdapat sebahagian pelajar di madrasah kampung tersebut menerima mandat bagi pusat pengajian agama dan Al Quran. Masjid ini juga lengkap dengan sistem solar bagi kegunaan tenaga elektrik di malam hari.
MASJID KEDUA MASJID AMAL MALAYSIA
Masjid AMAL MALAYSIA yang terbesar di Chad yang dibina akan dijadikan pusat Islam yang menempatkan pelajar dari Halaqah Ibnu Abbas yang telah melahirkan ribuan ulama’ dan Du’at. Masjid ini dalam proses pembikinan dalam sekitar 50% untuk siap sepenuhnya. Kos perbelanjaan masjid digunakan sebanyak RM1.6 juta yang diperoleh melalui sumbangan individu dan pihak Koporat.
MASJID KETIGA MASJID AMAL MALAYSIA
Masjid AMAL MALAYSIA yang ketiga yang terletak di Abeche, Chad. Jarak lokasi masjid ini daripada bandar N’djamina ialah 747 kilometer. Masjid ini menjadi pusat komuniti bagi masyarakat di Abeche
MASJID KEEMPAT MASJID AMAL MALAYSIA
Masjid AMAL MALAYSIA yang keempat yang terletak di Ati, Chad. Jarak lokasi masjid ini daripada bandar N’djamina ialah 437 kilometer. Masjid ini menjadi pusat komuniti bagi masyarakat di Ati