Yayasan Amal Malaysia telah menggerakkan Relawan Amal untuk membantu mangsa banjir di negeri yang telah terkesan dengan bencana banjir  melalui Dapur Rakyat dan bantuan keperluan harian

Sumbangan anda amat diperlukan untuk Relawan Amal membuka lebih banyak Dapur Rakyat Amal di lokasi penempatan yang terkesan dengan banjir ini dan memberi bantuan keperluan harian khususnya kepada penduduk yang terjejas

AGIHAN BANTUAN MELALUI DAPUR RAKYAT AMAL

BANTU RINGANKAN KESUSAHAN SAUDARA KITA YANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR

Dewasa kini, negara dikejutkan dengan banjir kilat yang melanda di negeri Johor. Ribuan mangsa telah dipindahkan ke Pusat Perpindahan Sementara bagi menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam bencana ini.

Kami telah menyaksikan betapa sukarnya musibah ini buat mereka yang telah terkesan. Terpaksa berpindah sementara, harta benda rosak dan musnah, kekurangan makanan. Sayu sungguh hati ini melihat kejadian ini.

Relawan AMAL akan mengadakan Dapur Rakyat bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat daripada banjir yang melanda. Kami juga mengajak para dermawan yang bermurah hati  dan sukarelawan bagi membantu untuk meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. 

Sumbangan boleh disalurkan melalui butang link Sumbangan secara online di bawah atau terus melalui akaun bank 

Yayasan Amal Malaysia (8600 296 190) – CIMB

Penafian : Yayasan Amal Malaysia tidak melantik pihak luar untuk membuat kutipan sumbangan di atas nama peribadi  untuk menerima sumbangan bagi pihak Yayasan Amal Malaysia. Sumbangan yang sah hanya diterima melalui  saluran Akaun Rasmi atas nama bank Yayasan Amal Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan seluruh negara sahaja.