Menjelang sahaja setiap hujung tahun, pasti berita – berita banjir akan menghiasi dada akhbar dan portal berita. Waktu kita sedang selesa duduk berehat di rumah, rupanya ramai saudara – saudara kita yang bertungkus – lumus menyelamatkan diri dan barangan mereka daripada bencana ini.
Kami telah menyaksikan betapa sukarnya musibah ini buat mereka yang telah terkesan. Terpaksa berpindah sementara, harta benda rosak dan musnah, kekurangan makanan. Sayu sungguh hati ini melihat kejadian ini.
Relawan AMAL akan mengadakan Dapur Rakyat bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat daripada banjir yang melanda. Kami juga mengajak para dermawan yang bermurah hati dan sukarelawan bagi membantu untuk meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.
Sumbangan boleh disalurkan melalui butang link Sumbangan secara online di bawah atau terus melalui akaun bank
Yayasan Amal Malaysia (8600 296 190) – CIMB