Program sumbangan Amal Water4Life (Produk Berimpak Tinggi) adalah program sepanjang tahun daripada Yayasan Amal Malaysia dalam dan luar negara untuk membantu komuniti masyarakat yang sangat memerlukan sumber air bersih sebagai minuman dan kegunaan aktiviti harian.
Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya ?” Rasulullah S.A.W bersabda, “ Air…” Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”
Sumbangan untuk Amal Water4Life – Yayasan Amal Malaysia terdiri daripada 2 kategori
Sumbangan Terkumpul
Pihak Yayasan Amal Malaysia menerima dan mengumpul sumbangan dan membina telaga apabila cukup jumlah untuk unit telaga. Minima sumbangan terkumpul adalah serendah RM10/lot.
Bagi sumbangan terkumpul pihak Yayasan Amal Malaysia akan menggunakan tanda nama “Penyumbang Wakaf Water4Life Yayasan Amal Malaysia” di papan telaga manakala senarai lengkap nama penyumbang terkumpul akan dinyatakan di dalam video yang akan dipaparkan di channel Youtube Amal Water4Life
Sumbangan 1 Unit
Sumbangan lengkap 1 unit adalah wakaf telaga yang di sumbangkan lengkap untuk 1 unit. Pihak kami mengesyorkan maksima nama yang boleh di letakkan di papan nama pada telaga adalah seramai 10 orang untuk paparan yang lebih jelas di gambar atau video.
Jika sumbangan 1 unit telaga tersebut ramai, kami mencadangkan di letakkan 1 nama khas untuk pihak penyumbang mengenali dengan lebih jelas sumbangan telaga tersebut. Untuk telaga yang telah dibina akan di paparkan di channel Youtube Amal Water4Life. Maklumat selesai akan dimaklumkan melalui email atau secara whatsapp
Program Water4Life yang dilaksanakan oleh Yayasan Amal Malaysia di Pulau Banggi, Sabah, merupakan inisiatif strategik untuk menyediakan akses kepada sumber air bersih bagi komuniti setempat. Usaha ini bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan memastikan bekalan air yang selamat, berterusan, dan mencukupi untuk keperluan harian mereka. Program ini bukan sahaja membantu menangani isu kesihatan dan sanitasi tetapi juga menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih lestari.