
Mengenai KAMI
Amal Doktor merupakan projek berimpak tinggi Yayasan Amal Malaysia yang bermula sejak tahun 2010 lagi memberi fokus kepada masyarakat dan individu yang miskin dan sangat memerlukan bantuan dari segi kesihatan. Kami terdiri daripada kumpulan doktor, pembantu perubatan, ahli perubatan alternatif serta sukarelawan dari pelbagai latarbelakang.
MEMBERI BANTUAN PERUBATAN KEPADA KOMUNITI YANG MEMERLUKAN
Amal Doktor berkhidmat melalui misi kemanusiaan dan kebajikan Yayasan Amal Malaysia di peringkat luar negara dan dalam negara dengan moto “Berkhidmat Demi Kemanusiaan, Beramal kerana Allah”
MEMBANGUNKAN KECEKAPAN KEPADA KOMUNITI
Amal Doktor bergerak bersama dalam setiap misi kemanusiaan dan kebajikan yang dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia sebagai sebuah unit khas perubatan yang memberi khidmat secara percuma untuk membantu golongan yang memerlukan. Yayasan Amal Malaysia menggerakkan banyak program dan projek dengan bermatlamat untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat tanpa mengira taraf sosio-ekonomi.
MENAMBAH KEMAHIRAN RELAWAN AMAL Doktor
Kami membuka peluang dan ruang kepada masyarakat awam untuk bersama dalam sukarelawan Amal Doktor sama ada menyumbang dari segi tenaga, masa atau wang ringgit demi membina persekitaran hidup lebih sihat dan harmoni bersamar.

Aktiviti AMAL Doktor
Ceramah Kesihatan
Pemeriksaan Kesihatan
Program Khatan
Misi Bantuan Perubatan
Training of Trainee (TOT)
Kempen Derma Darah
Khidmat Ambulans* (Terengganu dan Selangor sahaja)





