CARE 4 AFGHAN (MISI KEMANUSIAAN AFGHANISTAN)

WhatsApp Image 2021-09-22 at 12.18.32 PM (1)

Negara Afghanistan merupakan sebuah negara muslim yang dirundung konflik kemanusiaan dalam tempoh yang lama semenjak dijajah oleh Soviet Union. Para mujahidin negara tersebut berjuang memerdekakan negara daripada pengaruh Soviet Union.

Pada 31 Ogos 2021, Amerika Syarikat secara rasminya memanggil pulang kesemua tenteranya di Afghanistan dan peristiwa tersebut menandakan Afghanistan telah mendapat kemerdekaan daripada belenggu penjajah. Tampuk pemerintahan Afghanistan diserahkan kepada Taliban selaras dengan perjanjian yang telah dimeterai antara Amerika Syarikat & pihak Taliban pada 29 Februari 2020 di Doha, Qatar.

Konflik yang berlaku ini menatijahkan krisis kemiskinan, kelaparan, kesihatan dan keselamatan yang berpanjangan.

Sekurang – kurangnya 14 juta orang berdepan ancaman kebuluran manakala 9.5 juta orang lagi berada dalam fasa kecemasan tahap ketiga!

Yayasan Amal Malaysia berganding bahu bersama NGO lain di dalam sekretariat International Federation for Relief and Development (IFRD) bagi mengambil tindakan proaktif untuk membantu saudara – saudara kita di Afghanistan dan  menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM 1,000,0000.00 untuk diserahkan kepada mereka. 

Suatu hari Rasulullah Saw ditanya oleh sahabat beliau: “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah? Rasulullah Saw menjawab:

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain. Sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapus kesusahan orang lain, atau melunasi utang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan.” (HR. Thabrani).

Beberapa aspek bantuan yang menjadi keutamaan telah dikenalpasti iaitu :

Bantuan Makanan & Pakaian Sejuk

Bantuan Air Bersih

Pendidikan

AGIHAN PEK MAKANAN DI AFGHANISTAN

Jumlah Kutipan Setakat ini : RM 148,990 / RM 1,000,000