BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un. Dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Nya yang Maha Besar. 

Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada seluruh saudara islam kita  yang menjadi mangsa gempa bumi di Turki. Semoga roh ahli keluarga mereka yang terkorban sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Saudara kita di Turki & Syria dilanda bencana gempa bumi kuat yang berukuran 7.8 magnitud di selatan Turki dan utara syria. Setakat ini sebanyak 2,000 orang menjadi mangsa korban gempa bumi dan berpuluh ribu lagi cedera. Masih banyak bangunan yang runtuh dan dipercayai masih banyak lagi mangsa yang terperangkap dibawah runtuhan.

Yayasan Amal Malaysia, sentiasa bersiap sedia membantu saudara-saudara kita disana. Seperti mana bantuan yang disampaikan untuk saudara kita di Cianjur, Jawa Barat. Kali ini Saudara kita disana sangat-sangat memerlukan bantuan daripada kita semua. Insha ALLAH bantuan daripada tuan-puan para penyumbang sekalian akan sampai ke tangan saudara kita di sana.

Tabung Kutipan Bencana untuk saudara kita di mangsa Gempa Bumi di Turki ini diharapkan dapat membantu dan meringankan musibah yang ditimpa oleh mereka disana. Semoga ALLAH membalas jasa baik Tuan/Puan para penyumbang.

Terima kasih kerana bersama-sama Yayasan Amal Malaysia dalam menyantuni saudara – saudara kita yang sangat memerlukan sokongan kita walau dari jauh, walau dari rumah anda. Setiap sumbangan anda sangat bermakna buat mereka.

Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah “Working for Humanity, Serving God”. Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia. 

Anda boleh layari website kami di alamat

www.amalmalaysia.org.my