Delegasi Yayasan Amal Malaysia Selamat Tiba di Tanah Air dari Misi Global Sumud Flotilla

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2025 β€” Delegasi Yayasan Amal Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla telah selamat tiba di tanah air selepas menyempurnakan misi kemanusiaan ke Gaza.

Misi yang bermula sejak 30 Ogos lalu menyaksikan keberanian para delegasi Malaysia, Tuan Norazman Ishak dan Norhelmi Ghani, yang berlayar bersama puluhan aktivis antarabangsa membawa bantuan dan mesej solidariti untuk rakyat Palestin.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang pelayaran, semangat kemanusiaan tidak pernah luntur. Kehadiran mereka mewakili suara rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama perjuangan Gaza.

Yayasan Amal Malaysia merakamkan sekalung penghargaan kepada kedua-dua delegasi atas pengorbanan, keberanian dan komitmen tinggi dalam menjayakan misi ini.
Semoga usaha ini menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong perjuangan kemanusiaan global. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡΅πŸ‡Έ

#GlobalSumudFlotilla #DelegasiMalaysia #YayasanAmalMalaysia #SolidaritiUntukGaza

Click Here
Click Here
Click Here
Click Here
Click Here
Click Here
Click Here

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *