Kuala Lumpur, 12 Ogos 2025 – Yayasan Amal Malaysia (YAM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Lajnah Al-Quds & Palestin, Kesatuan Ulama’ Sedunia, bersama delegasi beliau.
Kunjungan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan persaudaraan dan membincangkan perkembangan terkini berkaitan isu Palestin. Perbincangan turut menumpukan kepada perancangan kerjasama strategik dalam memperjuangkan kebebasan Al-Quds dan membela hak rakyat Palestin.
YAM dalam kenyataannya memaklumkan bahawa usaha sebegini adalah sebahagian daripada ikhtiar berterusan untuk mengangkat suara ummah di peringkat dunia, di samping memupuk kesedaran masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin.
#SolidaritiPalestin #BebasAlQuds #MalaysiaBangkitUntukGaza #KunjunganHormat

