𝐑𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐘𝐀𝐌 𝐤𝐞 𝐊𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐙𝐢𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐛𝐛𝐚𝐡 & 𝐊𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚

Kota Belud, 10 Julai 2025 — Seramai 16 orang relawan Yayasan Amal Malaysia (YAM) berlepas ke Kg Sarang, Kota Belud, Sabah seawal jam 5 pagi hari ini bagi menjayakan Misi Ziarah Mahabbah dan Khatan Perdana.

Misi ini digerakkan melalui dua kumpulan — Team 1 dan Team 2 — yang akan bergandingan menyantuni masyarakat pedalaman dengan pendekatan kasih sayang serta khidmat kesihatan dan kebajikan.

Antara pengisian utama misi ialah ziarah rumah ke rumah, penyerahan sumbangan keperluan harian, serta program khatan beramai-ramai khusus untuk anak-anak asnaf dan keluarga kurang berkemampuan.

Misi ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan Amal Malaysia dalam memperjuangkan agenda kebajikan dan kemanusiaan tanpa sempadan, khususnya di kawasan yang kurang mendapat akses kemudahan asas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *