Pertemuan Strategik Yayasan Amal Malaysia bersama Team Syariah & Zakat Maybank HQ

Semalam, Yayasan Amal Malaysia melalui Pusat Dakwah Serantau telah mengadakan pertemuan bersama Team Syariah & Zakat Maybank HQ bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh pelaksanaan dakwah yang lebih inklusif dan berimpak.

Pertemuan ini membuka ruang kepada penyelarasan usaha bersama yang lebih tersusun, dengan fokus memperluas manfaat dakwah serta memberi nilai tambah kepada masyarakat sekitar.

Yayasan Amal Malaysia merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Maybank atas keterbukaan, komitmen dan kesediaan menjalin kerjasama dalam inisiatif ini. Semoga langkah permulaan ini membawa kepada lebih banyak program bermanfaat pada masa akan datang.

#pusatdakwahserantau
#yayasanamalmalaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *