Lawatan Yayasan Amal Malaysia ke Arkib Negara

KUALA LUMPUR – Yayasan Amal Malaysia bersama Yayasan Permata Ummah, Dewan Pemuda PAS dan Harakah telah mengadakan lawatan ke Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta baru-baru ini. Seramai 10 orang wakil telah menyertai lawatan yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1.30 petang itu.

Dalam sesi perkongsian, pihak Arkib Negara menerangkan peranan arkib dalam memastikan dokumen bersejarah negara terpelihara termasuk proses pengesanan, penyimpanan, pendigitalan serta akses kepada orang ramai.

Pihak Arkib turut mencadangkan NGO agar mewujudkan unit arkib sendiri, membina sistem rekod atas talian, serta menyimpan bahan penting seperti laporan, gambar, video dan audio supaya dapat dijadikan rujukan pada masa hadapan.

Selain itu, NGO juga digalakkan menyerahkan bahan sejarah organisasi masing-masing untuk diarkibkan sebagai sebahagian daripada khazanah negara. Bahan-bahan ini boleh diakses melalui portal rasmi Arkib Negara di https://ofa.arkib.gov.my/ofa.

Click Here
Click Here
Click Here
Click Here
Click Here
Click Here
Click Here
Click Here
Click Here
Click Here

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *