Sumbangan Tudung bagi Frontliner Negara

Kami dari Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) ingin menyampaikan rayuan dari para Petugas barisan hadapan negara kita.

 Sumbangan tudung uniform ini kepada frontliner muslimah negara terutamanya para doktor dan jururawat negara kita adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kita untuk segala pengorbanan yang telah mereka lakukan disamping dapat memudahkan urusan mereka yang sentiasa perlu memastikan kebersihan dalam merawat para pesakit. Tudung Uniform yang akan disumbangkan pasti memudahkan urusan mereka kerana tudung uniform ini jenis sarung, dibuat dari material yang berkualiti dan tidak perlu digosok serta elok terletak setelah dipakai.   Tudung uniform berkualiti yang disumbangkan ini berharga RM25 seunit sahaja, jika dipasaran harganya sekitar RM35 seunit.




Update Sumbangan setakat hari ini : Jumaat  , 16/10/2020 
Unit Tudung yang disumbangkan oleh para penyumbang: 2539
Baki Tudung yang masih diperlukan: 2461

UNTUK MAKLUMAN SEMUA!!

UNIT TUDUNG YANG ADA TELAH PUN DISERAHKAN KEPADA  CAWANGAN YAYASAN AMAL NEGERI DAN AKAN DISERAHKAN KEPADA FRONTLINER HOSPITAL DI NEGERI MASING-MASING. INSHA ALLAH KAMI AKAN UPDATE SERAHAN TERSEBUT DI FACEBOOK RASMI YAYASAN AMAL MALAYSIA ,SERAHAN TUDUNG UNIFORM LAIN AKAN DIBUAT KEPADA FRONTLINER PADA WAKTU TERDEKAT INI. UCAPAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA DARIPADA FRONTLINER KITA YANG TELAH PUN MENERIMA SUMBANGAN TUDUNG DARIPADA ANDA PARA PENYUMBANG YANG BUDIMAN.

MOHON JASA BAIK ANDA SEMUA UNTUK SHARE LINK DIBAWAH KEPADA RAKAN-RAKAN TERDEKAT DI FB & JUGA DI   WHATSAPP/ WHATSAPP GROUP



Justeru, dengan ini kami melancarkan rayuan untuk membeli 5,000 pasang tudung uniform yang akan diagihkan kepada parak doktor &  jururawat muslimah barisan hadapan di seluruh negara yang berjuang merisikokan nyawa mereka setiap hari demi kehidupan para pesakit dan masa depan kita semua.

Berinfaqlah atau bersedekahlah pada musim-musim genting ini sebagai  ikhtiar pelindung kita dari wabak  ini dan juga sebagai tanda syukur kita Allah lindungkan kesihatan kita yang masih baik sehingga hari ini.

Kami juga sangat mengalu-alukan sumbangan dari warga korporat. Bagi tujuan ini, pihak korporat boleh berhubung dengan Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia, Tuan Haji Salleh Farmin di talian  03-8928 0660 (No Pejabat)    bagi perbincangan lanjut.




Terima kasih kerana bersama-sama Yayasan Amal Malaysia dalam menyantuni pejuang barisan hadapan negara kita yang sangat memerlukan sokongan kita walau dari jauh, walau dari rumah anda. Setiap helai sumbangan anda sangat bermakna buat mereka.

Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat