Menjejaki Tadika Amal Hidayah Yang Jauh Di Pedalaman Agar Pendidikan Anak-Anak Ini Tidak Terabai

Misi Merawat Duka 2.0  

Semalam 18 Ogos 2020, kami menghabiskan masa seharian ke Tadika Amal Hidayah, Beluran terletak sejauh 170 km dari bandar Sandakan. Perjalanan mengambil masa 3jam 30 minit ini sememangnya memenatkan, terasa sakit tulang belakang akibat jalannya berlubang2.

Namun kepenatan dan keletihan terubat jua setelah menatap wajah anak-anak didik kami yg belajar di Tadika Amal Hidayah Binsulong.   Kedatangan kami kali ini untuk sampaikan uniform baru untuk mereka serta buku-buku untuk kegunaan guru dan murid. Uniform dan buku2 ini diberikan secara percuma kerana kami faham, mereka adalah anak2 muallaf fakir miskin.  

Kami juga sediakan makanan untuk mereka setiap hari.. Tadika percuma untuk semua. Hari ini kami agihkan beras dan keperluan harian kepada keluarga asnaf sekitar Sandakan. Alhamdulillah..  

Mereka doakan kami panjang umur, murah rezeki. Aamiin.. Ok. Doakan kami selamat sampai ke destinasi berikutnya. KLIA2..

Artikel oleh : Ustaz Mohd Khairul Azman Md Daud
Gambar : Mohammad Zainey Roslan

Sumbangkan sedikit rezeki kita demi pendidikan anak – anak di Pedalaman ke :
MAYBANK RELAWAN DU’AT YAYASAN AMAL MALAYSIA : 5647 9912 2258
Ref : Tadika Amal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *