Perutusan Hari Raya Aidilfitri – Syawal 1441H/2020

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia

Alhamdulillah kita telah bersama melepasi madrasah Ramadan yang sangat istimewa pada tahun ini.  Disamping Ramadan, disamping PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), team Amal Malaysia terus kekal di tengah-tengah gelanggang membantu Frontliner dan juga golongan yang terkesan.

Saya Hussin Ismail mewakili seluruh warga kepimpinan Amal Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Minal ‘Aidin Wal Faizin Maaf Zahir Batin Kepada seluruh muslimin muslimat yang lebih khusus kepada semua anggota Yayasan Amal Malaysia, semua anggota Relawan Amal di dalam dan di luar negara, semua NGO dan rakan-rakan kolobrasi, semua penyumbang yang telah menyumbang, sumbangan tuan puan ke Tabung Covid-19 Yayasan Amal Malaysia, juga khusus kepada semua Frontliner yang membantu tanpa henti tanpa penat mengerti penat dan lelah.

Tuan puan, tanpa sumbangan tuan puan siapalah kami. Semoga amal ikhlas kita semua diterima Allah, seperti mana slogan Amal “Al-Amalulillahi, Syiaruna”.

Selamat Hari Raya
Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair

Hussin Ismail
Presiden
Yayasan Amal Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *