Kisah Benar Keajaiban Dalam Sedekah

Allah Maha Mendengar..

Dalam empat hari yng alepas saya berhajat nk beri asnaf dan penduduk sekitar ayam segar atau sikit daging untuk menyambut hari raya..

“Allah, mana nak cari duit ya… Kalau dapat 10 kg daging pun ok dah” – saya simpan dalam pemikiran hajat yang ini…

Dua hari lepas, ada orang amanahkan utk serahkan sumbangan, saya tambah skit Mudah-mudahan ada rezeki nanti.

Lepas penyerahan, tiba-tiba sahabat saya dapat panggilan telefon
“ustaz, ada orang nak bagi seekor lembu” katanya..

“Allah, aku minta 10 kg shaja, Engkau bagi Seekor lembu” sebut saya dalam hati..

“Ustaz, jom. Pergi tgk lembu…”

Allahu akbar, lembu ni dekat 90kg lebih..

Alhamdulillah pagi ni, selesai sembelih dan rezeki pada asnaf dan qaryah kita..

Saya cuma nak 10kg sahaja, itu pun hanya mengadu kepada Allah, Seekor Allah bagi…

Penulis merupakan Penolong Setiausaha Yayasan Amal Malaysia dan merupakan  seorang guru di Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *