Mencipta Ramadhan Dengan Penuh Makna

Bismillah..

Sejak dari bermulanya perintah kawalan pergerakan (PKP), warga Pusat Dakwah Serantau (PDS) kekal di sini sehingga saat ini. Sekalipun PKP ditamatkan, mereka tetap kekal di dalam PDS, sepertimana kebiasaan untuk tidak bebas keluar masuk bagi menjaga kesihatan dan keselamatan semua pelajarnya.

Tidak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma. Sebagaimana tahun sebelum ini, PDS membuka peluang kepada para dermawan yang sudi untuk menyumbang sahur, iftar mahupun moreh sebagai usaha untuk memaknakan ramadhan mereka..

Kami mensasarkan RM1,000 sehari, untuk 54 orang pelajar mualaf, bagi penyediaan juadah yang lebih enak dan lengkap berbanding biasa, kerana sebahagian mereka adalah pelajar tahun akhir dan bakal pulang menjadi daie di kampung masing-masing, dan sebahagian lagi baru kali kedua merasai nikmat Ramadhan sebagai seorang Islam..

Sumbangan boleh di salurkan ke akaun :
Bank Muamalat
Pusat Dakwah Serantau – YAM
12100001008710

Mohon maklumkan sumbangan kepada :

Ustaz Misbah www.wasap.my/60105667528/ramadhanpds
Illeya www.wasap.my/60136561213/iftarpds

Sebarang makluman atau pertanyaan, boleh hubungi :

010-566 7528 (Mudir)
013-656 1213 (Illeya)

Sebarang jenis sumbangan juga sangat dialu-alukan. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas segala jasa tuan/puan yang tidak berkira untuk memberi makna sebuah Ramadhan buat mereka..

Ustaz Misbahul Munir Masduki
Mudir Pusat Dakwah Serantau
Sg Merab, Kajang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *