Khatan Untuk Anak – Anak Pedalaman

Matunggong, Kudat : Program Khatan secara percuma anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah dianjurkan dengan jayanya pada 14/3/2020.

Pengarah Program Khatan @ Pedalaman Sabah 2020, Ustaz Bachok Bin Talib berkata program ini akan diadakan secara berterusan di Pedalaman Sabah yang mensasarkan anak-anak muallaf serta asnaf yang kurang berkemampuan kerana belenggu kemiskinan dalam melaksanakan khatan.

Seramai 20 kanak-kanak telah berjaya dikhatankan meliputi kanak-kanak Muslim sekitar Matunggong.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah serta Jawatankuasa Masjid Al Mawaddah Matunggong turut memberi kerjasama penuh dalam menjayakan program tersebut.

Enam petugas daripada Pertubuhan Kebajikan Perubatan Islam Sabah (PERKIPS) turut menjayakan program ini yang turut berjalan serentak dengan pemeriksaan kesihatan dan derma darah oleh pihak Hospital Daerah Kudat.

Program ini bertambah meriah dengan acara pancuran air yang disediakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai simbolik budaya mandi sungai sebelum berkhatan. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *