Nikmat Air Idaman Rohingya

34 Buah Keluarga Muslim Rohingya Bersyukur Bantuan Telaga Air Untuk Mereka

Sittwe 15 Januari 2020 : Walaupun perhatian masyarakat dunia terhadap krisis kemanusiaan di Arakan semakin pudar, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) tetap menyampaikan bantuan semampu yang mungkin demi mengurangkan penderitaan mereka.

Sebanyak 2 buah telaga wakaf sumbangan awam telah dibina untuk pelarian Rohingya di kawasan IDP Camp Furan Fara, Sittwe, Myanmar.

Tuan Haji Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden AMAL merangkap Pengurus Projek berkata bahawa bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya masih diteruskan sehingga kini dan keutamaan AMAL adalah untuk menyampaikan bantuan yang boleh meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Dana Wakaf Telaga masih dibuka dan orang ramai yang dialu – alukan untuk menyumbang melalui akaun rasmi Yayasan Amal Malaysia seperti berikut :

Maklumat Bank :
Yayasan Amal Malaysia :
Cimb Bank (8600296190)

Reference/ Rujukan : wakaftelaga
Hantar gambar resit di talian berikut @ pertanyaan : 011-61989358

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *