Luahan Rasa: Berebut Rebut Peluang Bina Masjid Palu

Rosfazilah Mohd Noor Mengimbau kembali…
Awal-awal pembinaan Masjid di Palu Indonesia. Hasrat suami tercinta Tuan Hj. Jamuliddin Bin Elias… Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia… Akhirnya Allah tunaikan dapat bina 85 buah Masjid…

……………………….

Ini luahan rasa hatinya.. Setahun yang lalu…

Masjid yang roboh lebih 500 masjid dalam Sulawesi tengah.
Info dari pemerintah Indonesia.

Hajat awal saya hanya nak buat 5 buah masjid.
(di Lombok 8 masjid dan belas shelters)

Bila iklan di buat.
Dan setelah survey di jalankan, ada yang masih tidak dirikan solat Jumaat kerana masjid roboh.

Ada kariah yang solat dengan gunakan kemah canvas.
Ada yang solat Di pinggir masjid.

Kami pilih bina masjid di tempt yang jauh – tiada masjid.
Ada kerja konkrit semen gotong-royong oleh ahli kariah.
Akhirnya Alhamdulillah setakat ini kemampuan kami bina masjid di Palu.

Memang guna hukum akal, rasa kenapa perlu buat di negeri orang.
Kalau fikir sekali penat jer kerja ni.
Kadang-kadang rasa buang masa bina masjid ini sebab Indonesia.

Ada juga nitizen tanya kenapa buat masjid di tempat orang buat kurafat.
Memang ramai tak setuju kita bina masjid di Palu sebab terlalu negetif .

Alhamdulillah.
Yayasan Amal Malaysia berkeputusan seperti berikut:
1. Teruskan dakwah walau di mana kita berada.
2. Mungkin Allah beri peluang untuk kita bina rumah Allah Di bumi luar Malaysia.
3. Setelah 4 bulan di bumi Palu, umat Islam di Palu sangat tersiksa berdepan dengan Yahudi dan nasara (Kristian).
Dengan kedudukan keseluruhan Sulawesi tengah ada 60% Muslim (belum tolak orang Islam yang jahil)
Ramai orang Islam jadi murtad, atheis tanpa pegangan agama yang asalnya muslim)
Pertembungan muslim dengan Kristian hingga berbunuhan.
Peristiwa poso dalam wilayah Sulawesi tengah. Ramai umat Islam Di bunuh, di sembelih kerana waktu tu 80% non Muslim buli umat Islam di poso
Alhamdulillah walau pun Islam sedikit tapi tahun 2000, umat Islam bangkit lawan hingga menang tapi orang muslim yang lawan di gelar pengganas (terrorist)
Banyak lagi kisah nya – Boleh dengar ceramah dalaman, jika nak tahu kisah benar Palu.

4. Dengan gabungan ulamak tersohor Palu (habib soleh rotan) – tuan check google – perang poso.
5. Alhamdulillah dengan sokongan Dana Dari NGOs Malaysia yang ada hubungan dengan kita serta sokongan 500 lebih relawan yang sama2 turun ke Palu (semua yang ada dalam whatsapp ini layak ikut.)
Alhamdulillah kita dapat uruskan pembinaan masjid ini.
Jarak posko (pejabat) kita hingga ke tempat pembinaan masjid antara 150km – 200km arah ke barat, ke timur dan arah ke selatan dan atas gunung.
(perjalanan 3-4 jam segala – tidoq dalam kemah – 2 Hari siap satu masjid)

6. Misi yang ada banyak serampang 10 mata.
Misi melihat kesan kejadian Gempa dan tsunami yang Allah terang-terang tunjuk kepada kita, seperti tak masuk akal.
Lawatan tempat ini menginsafkan relawan yang jv dengan Amal Malaysia. Alhamdulillah mereka terus bersama kita.
Begitu juga koprat yang 1st time bersama kita dan koprat yang dah lama dengan kita terus support.
Mereka teruja.

7. Tidak dinafikan mangsa mula solat setelah kita beri bantuan maknan dan pekerjaan.
Setelah masjid siap, anak murid pak habib soleh yang punyai 1500 pelajar. Terus buat pengajian di masjid yang dah siap.

8. Ada desa yang hanya minority Islam, bila kita bina masjid, Alhamdulillah umat Islam bersemangat dan beribadah serta taat perintah Allah.
(sebelum nya ramai tak solat )

9. Dengan kekuatan Dana yang ada Alhamdulillah kita terus bina masjid hingga Dana habis.
(sedang progress – Insyaallah total setakat ni boleh 80 buah hingga Feb 2019.)

10. Satu perkara yang tak di duga, koprat percaya beri Dana besaq untuk bina masjid.

Dia bersedia untuk bersama dalam kerja dakwah yang sedang kita buat.

Alhamdulillah kalau tak urus misi Palu, barang kali mereka tak kenal kita. Syukur Alhamdulillah.

Apa pon tuan-tuan dan sahabat-sahabat ku.
Umur saya dah hujung, saya tiada kepakaran yang besar, harta pun seadanya.
Nak habis kan sisa-sisa umur yang ada.

Lagi pun kita akan terus beri sokongan dan idea yang baik.
Semoga saham ini jadi saksi di akhirat kelak.

Akui *jannah itu mahal harga nya* ??

Maaf tuan sedikit titipan buat kita sebagai umat Islam.

Apa yang ana faham, kerja yang di usahakan ini adalah salah satu daripada program dakwah.

Pak Jamu
13/02/2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *