Kempen Wakaf & Hibah di LPPKN & JPN

Putrajaya: Pada minggu yang lepas, pasukan promosi Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama LPPKN dan Jabatan Peguam Negara mengadakan kempen wakaf & hibah bagi pembangunan Kompleks Pusat Dakwah Serantau (PDS) Yayasan Amal Malaysia yang bertempat di Labohan Dagang,Banting. Turut bersama Ustazah Syadiya Abbas memberikan pengisian kepada peserta mengenai terapi Asma Al Husna.

Kompleks PDS yang bakal memuatkan lebih dari 200 pelajar ini akan dimanfaatkan untuk membangunkan pendakwah yang terdiri dari mualaf,keluarga mualaf dan masyrakat miskin di pendalaman dan selepas mereka tamat pengajian, mereka menyampaikan risalah islam terutamanya di kawasan mereka. Kini Pusat Dakwah Serantau telah beroperasi lebih sejak 2010 dengan sokongan orang ramai dan pihak koporat.

Sumbangan wakaf yang bernilai hanya RM10 seunit melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan berpeluang untuk mendapat resit pengecualian cukai (7%) individu ,(10%) korporat. Sumbangan hibah untuk pembelian tanah di Labohan Dagang bernilai RM50 sekaki.

Sekiranya anda berminat untuk memberi sumbangan untuk pembangunan kompleks ini boleh salurkan melalui link ini
https://www.amalmalaysia.org.my/kompleks-pusat-dakwah-serantau-regional-dawah-centre/ atau bank-in ke akaun berikut:

MAYBANK – 5530 1012 2090
BANK ISLAM – 13053010003149 
BANK MUAMALAT – 13010002499715 
CIMB BANK – 8600296190
Jompay – Code 30833 Rujukan/Reference : KompleksPDS

Hubungi :
Sdr Dzoel (012-3921420) , Pejabat (03-8928 0660)


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *