CANSUYU Cameroon & Masjid Al Taqwa Al Taqwa bekerjasama dengan Yayasan Amal Malaysia dalam misi Water4Life

Banting :Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Masjid Al Taqwa Banting menerima barangan sumbangan orang ramai untuk program Water4Life di Cameroon. Antara sumbangan yang diterima ialah seperti alatan kesihatan, pakaian, dan lain-lain. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pada para penyumbang Banting bersama Tn Hj Zainal dan Masjid Jamek At Taqwa Banting.

Tujuan sumbangan itu adalah untuk pembinaan cari gali air untuk masyarakat miskin di Cameroon & Chad. Masyarakat di sana mempunyai kesukaran di dalam mencari bekalan air bersih bagi kegunaan harian. Cansuyu Cameroon bersetuju berkolaborasi di dalam operasi mesin tube well untuk mencari bekalan air bersih.

Sekiranya anda berminat untuk memberi sumbangan menaja program Water4Life untuk membina tube well di Chad dan Cameroon boleh salurkan ke akaun berikut:

MAYBANK – 5530 1012 2090
BANK ISLAM – 13053010003149 
BANK MUAMALAT – 13010002499715 
CIMB BANK – 8600296190
Jompay – Code 30833 Rujukan/Reference : Water4Life

Hubungi :
Haji Salleh (017-935 6577) , Pejabat (03-8928 0660)

#yayasanamalmalaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *