Kapal Besar Naik Ke Darat & Masjid Al Mujahidin Tidak Hancur Di Desa Wani 2 Palu, Indonesia

Video rakaman menerangkan tentang perkembangan terkini operasi menyelamat dan membangunkan semula Kota Palu di kawasan Desa Wani 2.

Paparan menunjukkan kapal besar telah naik ke darat ketika berlakunya Tsunami di Palu. Meskipun bencana banjir besar berlaku, namun masjid masih lagi berada dalam keadaan baik dengan sedikit kerosakan. Buktinya cermin tingkap masjid masih elok, namun persekitaran masjid semuanya hancur binasa dipukul Tsunami.

Laut yang berdekatan asalnya mempunyai pemandangan yang cantik dan air yang jernih, namun selepas berlakunya Tsunami, habis hancur dan tercemar keadaan air laut.

Untuk ikuti perkembangan seterusnya dan sumbangan layari
www.amalmalaysia.org.my/palu atau
di Facebook www.facebook.com/AmalMalaysia

Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah

Kredit : Azman Talib

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *