Question & Answer -

Q&A About Yayasan Amal Malaysia

Yayasan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai AMAL MALAYSIA ialah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Registry of Society (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).

Gerakkerja AMAL MALAYSIA adalah berorientasikan kebajikan dan meliputi seluruh dunia. Moto AMAL MALAYSIA ialah “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”.

Anda boleh memberi sumbangan kepada Yayasan Amal Malaysia melalui akaun berikut :

Bank Islam (13053010003149)
Bank Muamalat (13010002499715)
Maybank (553010122090)
CIMB Bank (8600296190)

Anda boleh mengikuti perkembangan AMAL MALAYSIA di Facebook Page AMAL MALAYSIA untuk aktiviti-aktiviti terkini yang dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia. Selain dari itu, anda boleh melayari website AMAL MALAYSIA di www.amalmalaysia.org.my

Anda juga boleh ke pejabat sementara AMAL MALAYSIA yang bertempat di Lot 4459 Jalan Haji Mohd Amin, 43000 Kajang Selangor.

AMAL MALAYSIA terlibat dengan aktiviti-aktiviti dan juga program-program berorientasikan kebajikan serta kemanusiaan.

Sekiranya terdapat bencana di dalam dan luar negara, AMAL MALAYSIA akan menghulurkan bantuan surelawan atau barangan sumbangan.

Sekiranya bencana berlaku di luar negara, AMAL MALAYSIA akan berhubung dengan rakan strategik NGO melalui rangkaian International Federation for Relief and Development (IFRD).

Ibu pejabat AMAL MALAYSIA bertempat di Lot 4459 Lorong Hj Mohd Amin, Sg Merab Luar, 43000 Kajang Selangor.

Kebanyakan operasi AMAL MALAYSIA dilakukan di dalam negara dan sebahagiannya di luar negara. Operasi di dalam Malaysia banyak digerakkan oleh cawangan-cawangan negeri.

Walaupun anda seorang pekerja sepenuh masa, namun anda masih boleh memberikan sumbangan tenaga, kewangan mahupun barangan.

Untuk memberi sumbangan tenaga, anda boleh menyertai RELAWAN AMAL

Antara program-program yang dijalankan oleh RELAWAN AMAL adalah seperti memberi sumbangan kepada gelandangan, melaksanakan Misi Ziarah Mahabbah ke Sabah dan Sarawak, menyantuni mualaf, orang miskin  dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus di talian 03-89280660.

Untuk menjadi sukarelawan AMAL Malaysia, tiada syarat-syarat khusus dikenakan

Anda boleh salurkan kepada mana-mana sukarelawan atau kakitangan AMAL MALAYSIA atau hantar sendiri ke pejabat AMAL MALAYSIA di Sungai Merab Luar,Kajang Selangor.

Sudah tentu boleh! Sekiranya anda orang Sabah, anda boleh menyertai Relawan Amal cawangan Sabah. Sekiranya anda orang Johor, anda boleh menyertai Relawan Amal Johor. Pokoknya, anda boleh menyertai Relawan Amal negeri sekiranya tuan tinggal di negeri luar Kuala Lumpur/Selangor.

Kami mempunyai 4 projek berimpak tinggi yang menjadi sasaran untuk dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Antaranya ialah Human Development Academy (HUDA), Education for Better Future (Edu4BetterFuture), Water for Life (Water4Life), dan AmalDoktor

Keempat-empat produk ini diaplikasikan untuk membantu komunti yang sangat memerlukan terutamanya di negara dunia ketiga.