Sukacita kami membuka peluang untuk anda berinfaq sempena bulan Ramadhan ini bagi menampung perbelanjaan dan kos aktiviti yang dijalankan oleh pihak Yayasan Amal Malaysia.
Selain daripada menggandakan solat, baca al-quran dan amalan lain. Kita jangan lepaskan peluang untuk gandakan amalan sedekah.
Kita tidak akan tahu adakah ini bulan Ramadhan terakhir untuk kita.
Semoga Ramadan anda kali ini lebih baik daripada daripada tahun-tahun sebelumnya
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia suci.” (Riwayat al-Tirmizi)
Daripada Ibnu Mas‘ud RA Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab ALLAH (al-Quran), maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu sama dengan 10 kali lipatnya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.“ (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda dalam membantu menjayakan program-program Yayasan Amal Malaysia sepanjang tahun. Jangan lepaskan peluang ini untuk kita manfaatkan Ramadan kali ini sebaiknya.
Sumbangan anda akan disalurkan kepada saluran-saluran projek kemanusiaan kami yang mencakupi beberapa projek induk berikut
Menyediakan prasarana bantuan air bersih kepada masyarakat setempat yang miskin dan negara bencana terutamanya di benua Afrika, Kemboja, Bangladesh dan pedalaman Malaysia
Memberikan bantuan perubatan secara percuma kepada komuniti
Menyediakan perkhidmatan hantaran pesakit untuk rawatan harian serta kecemasan
Pembinaan pusat pendidikan pra-sekolah kekal dan sementara untuk membangun generasi muda pedalaman sifar buta huruf.
atau dikenali sebagai Pusat Dakwah Serantau – pusat latihan para du’at dari kawasan pedalaman tempatan dan luar negara selama 18 bulan secara percuma dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh AMAL hasil sumbangan orang ramai, sebelum dihantar semula ke tempat asal masing – masing bagi meneruskan kerja-kerja dakwah setempat
Hasil kutipan dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan Pusat Islam dan Kompleks Pusat Dakwah Serantau di Kg Labohan Dagang bagi menyediakan prasarana lengkap kepada para duat dan rujukan relawan dari seluruh dunia
Lawatan kebajikan bagi memenuhi tuntutan persaudaraan dan pembangunan masyarakat di pedalaman Malaysia
Menyalurkan bantuan dari pelbagai aspek seperti perubatan dan keperluan asas kepada mangsa bencana dalam dan luar negara
Melaksanakan projek pembinaan surau/masjid di kawasan pedalaman bagi memenuhi tuntutan keperluan saudara baru di kawasan yang memerlukan
Kami juga sangat mengalu-alukan sumbangan dari warga penyayang Malaysia.
Sempena ramadhan yang mulia ini, berinfaqlah dan bersedekahlah kerana dahsyatnya ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang berinfaq pada bulan ramadhan yang mulia ini.
Semoga Allah permudahkan urusan para penyumbang yang budiman serta menunaikan hajat kalian asbab sedekah dan infaq tuan-puan yang budiman.
Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah “Working for Humanity, Serving God”. Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia. Anda boleh layari website kami di alamat