PEMBANGUNAN KOMPLEKS YAYASAN AMAL MALAYSIA "PUSAT PENDIDIKAN PENDAKWAH DI LAPANGAN"

(Serendah RM50, Boleh Niat  Untuk Diri Sendiri, Keluarga & Berbakti Kepada Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia)

Pusat Dakwah Serantau (PDS) di bawah kelolaan Yayasan Amal Malaysia mengorak langkah melahirkan pendakwah dari kalangan masyarakat minoriti Muslim di Sabah & Sarawak bermula ambilan pertama pada Julai 2010 bertempat di Kampus Sementara, di  Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor.

Pada awal bulan March 2023, pelajar Pusat Dakwah Serantau telah berpindah ke Kompleks Yayasan Amal Malaysia yang bertempat di Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor. Bangunan di Kompleks telah siap sepenuhnya asrama 4 tingkat, kantin, dan ruangan pejabat.

Pusat Dakwah Serantau merupakan satu pusat latihan yang melahirkan para dai’e yang akan pulang ke pedalaman Sabah dan Sarawak untuk mengajak lautan manusia kepada Islam.. Tugas ini bukan tugas yang mudah, tugas yang kebanyakan daripada kita tidak sanggup menggalasnya. Kerja sukarela, tanpa upah yang banyak. Sumbanglah sekadar mampu agar tugas-tugas daie ini tidak tergendala.

Dalam satu hadis ketika Nabi SAW menyuruh Saidina Ali untuk membawa panji ketika peperangan Khaibar. Lalu Saidina Ali berkata, kami akan menentang dan melawan musuh sehingga mereka menjadi muslim, lalu Nabi SAW bersabda: 

فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

Maksudnya: “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pembangunan Kompleks Yayasan Amal Malaysia dibahagi dalam beberapa fasa, iaitu  Fasa 1(a) , iaitu dengan membangunkan 2 buah blok asrama lelaki dan perempuan. Fasa 1 (b) ialah pembangunan Pusat Islam yang mempunyai 2 tingkat yang mempunyai ciri-ciri seni bina daripada Cina.

 

PEMBANGUNAN PUSAT ISLAM DI KOMPLEKS YAYASAN AMAL MALAYSIA DI LABOHAN DAGANG, BANTING SELANGOR

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ

Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)

“Siapa yang menyediakan kemudahan kepada seorang Dai’e, bermakna dia juga telah menjadi seorang Dai’e.”

“Allah menganjurkan kita agar menjadi pendakwah. Orang yang sentiasa mengajak manusia kepada Allah akan Sentiasa dilimpahi Rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Secara kebetulan saya diamanahkan oleh Yayasan amal Malaysia Untuk menjadi pengerusi kepada majlis perundingan PDS (Pusat dakwah serantau yang Pertama), Yang kini beroperasi di Sungai Merab (Bangi Selangor), Amat memerlukan kepada sokongan moral dan material. Bagi membolehkan pusat dakwah ini berfungsi Dengan baiknya dengan jayanya, Dengan berkesannya. Saya merayu kepada semua Umat Islam yang dapat menyertai dan melihat rakaman ini, Untuk turut sama memberi sokongan”

Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din Al-Hafiz
Mantan Pengerusi Ahi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau (PDS)

“Ini merupakan satu usaha yang  terancang dan sangat terbaik buat masa ini demi masa depan Muallaf”

Saya dah terlibat dengan Pusat Dakwah Serantau PDS dah lama dah, melatih daie-daie yang datang dari Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah daie-daie ini dilatih dan dihantar pulang selepas setahun atau setahun setengah, dan mereka balik ke kampung mereka di pendalaman Sabah dan Sarawak. Banyak usaha yang telah mereka gerakkan dan Alhamdulillah mengikut laporan lebih 2000 pengislaman  sehingga ke hari ini. Jadi ini satu usaha yang sangat terancang dan sangat terbaik buat masa ini. Saya menyeru mohon kepada semua ummat islam di negara kita ini, marilah kita sama-sama bantu, sama-sama gerakkan dakwah, Insya Allah kalau kita tak dapat bagi masa bersama Pusat Dakwah Serantau PDS,   Sekian terima kasih.

Ustaz Fitri Abdullah
Naib Yang Dipertua PERKIM kebangsaan

“Menyumbang untuk kampung halaman yang sebenar.”

 

“Tiada nikmat yang lebih besar selainnikmat iman, dengan nikmat itu makan kita dapat beramal. Jadi atas perkara ini tuan-tuan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekelian, ada satu maksud yang cukup besar yang ingin saya berkongsi dengan tuan dan puan sekalian iaitu, ayuh kita sama-sama menyumbang apa juga yang kita ada, bagi memajukan sebuah komplek Islam yang sedang dalam pebangunan di banting selangor yang dijangkakan sebanyak RM 30 juta dan hari ini untuk peringkat awal bagi pembangunan foundation dan infrastruktur yang asas, kita memerlukan lebih kurang 5 juta. Rebut  peluang yang ada ini untuk kita sama-sama tanam saham akhirat, untuk membina saham akhirat, tempat kampung halaman yang sebenarnya.”

Dato’ Dr Mazlan Bin Haji Ahmad
Mantan Ketua Penyiasat Bank Negara

PEMBANGUNAN KOMPLEKS KEKAL YAYASAN AMAL MALAYSIA DI KAMPUNG LABOHAN DAGANG, BANTING SELANGOR

Pihak pengurusan Yayasan Amal Malaysia sedang berusaha membangunkan kampus induk, sebuah kompleks di atas tanah berkeluasan 4 ekar di Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor.

Pembangunan diteruskan lagi dengan pembinaan Pusat Islam yang mempunyai 2 tingkat.

Kami ingin menjemput tuan-puan yang budiman untuk bersama memberi sumbangan pembangunan projek pembinaan Kompleks Yayasan Amal Malaysia

HANYA RM 50.00 BAGI 1 LOT  BAGI PEMBANGUNAN WAKAF KOMPLEKS PDS

Sijil  akan diberikan kepada mereka yang membuat sumbangan (Berdasarkan permintaan)

Ayuh, bersama kita infaq, tidak jatuh miskin orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah. 

AYUH, INFAQ SEKARANG!

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

– Surah al-Baqarah, ayat 261.

HULURKAN SUMBANGAN UNTUK KOMPLEKS YAYASAN AMAL MALAYSIA DENGAN MENGISI BORANG DIBAWAH

Sumbangan boleh dibuat secara online melalui ToyyibPay,CIMB Clicks, Maybank2U, FPX dan lain-lain.  Ayuh bersama untuk merebut peluang untuk melipat gandakan ganjaran pahala ini. Dengan menyumbang sebanyak mungkin agar usaha dakwah ini dapat diteruskan hasil sumbangan anda, bahkan dengan asbab kewangan ini mereka mampu menarik ramai lagi manusia disana memeluk Islam yang sudah pasti akan terselamat dari azab Api neraka..

Ustaz Amri bin Ali
Pensyarah Pusat Dakwah Serantau

KUTIPAN PEMBANGUNAN KOMPLEKS YAYASAN AMAL MALAYSIA INI ADALAH SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

GAMBAR PEMBINAAN PUSAT DAKWAH SERANTAU(PDS)

LOKASI PUSAT DAKWAH SERANTAU(PDS)

IKUTI PERKEMBANGAN MELALUI MEDIA SOSIAL KAMI

SHARE INFO INI DI WALL ANDA!

Semoga Allah memberikan ganjaran berlipat kali ganda kepada tuan-puan yang share laman web yayasan amal ini di sosial media tuan/puan.