MISI BANTUAN BANJIR
YAYASAN AMAL MALAYSIA
Yayasan Amal Malaysia telah menggerakkan Relawan Amal untuk membantu mangsa banjir terutama di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan melalui sumbangan barangan asas juga membuka Dapur Rakyat Amal
Bantuan anda amat diperlukan untuk Relawan Amal membuka lebih banyak Dapur Rakyat Amal di lokasi penempatan banjir
BANTU RINGANKAN KESUSAHAN SAUDARA KITA YANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR
Menjelang sahaja setiap hujung tahun, pasti berita – berita banjir akan menghiasi dada akhbar dan portal berita. Waktu kita sedang selesa duduk berehat di rumah, rupanya ramai saudara – saudara kita yang bertungkus – lumus menyelamatkan diri dan barangan mereka daripada bencana banjir.
Kami telah menyaksikan betapa sukarnya musibah ini buat mereka. Terpaksa berpindah sementara, harta benda rosak dan musnah, kekurangan makanan. Sayu sungguh hati ini melihat kejadian ini.
Yayasan Amal Malaysia bersama dengan sukarelawan akan mengadakan Dapur Rakyat bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat daripada banjir yang melanda baru-baru ini.
Kami mencari para dermawan yang bermurah hati dan sukarelawan bagi membantu untuk meringankan beban mereka. Klik butang dibawah untuk info lanjut.
BARANGAN SEGERA YANG AKAN DIBELI OLEH YAYASAN AMAL MALAYSIA UNTUK KEGUNAAN MISI
- Barangan asas untuk memasak
- Barangan Dapur
- Barangan keperluan bayi & wanita
- Toto dan tilam
- Pakaian
