
#GempaBumiMorocco
Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Morocco
Lebih 2,000 orang maut selepas gempa bumi kuat melanda negara Maghribi pada malam Jumaat selepas di gegarkan dengan gempa kuat skala magnitud 7.1 pada pukul 11.00 malam tadi waktu tempatan. Team Yayasan Amal Malaysia akan berangkat ke lokasi untuk membantu penduduk tempatan yang terlibat dengan gempa bumi.
#WakafPembinaanMasjidAfrika
Projek Wakaf Pembinaan Masjid dan Pusat Pengajian Tahfiz Di Afrika
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah: 261, artinya;
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
#WakafAmalWater4Life
Sertai projek membekal sumber air bersih buat mereka yang memerlukan dalam dan luar negara
Dari Saad bin Ubadah RA, ia pernah bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Baginda SAW menjawab, “Memberi air.”
HR. Abu Dawud (Shahih)
WAKAF TUNAI PUSAT ISLAM & DANA UNTUK DAKWAH
#PembinaanPusatIslam
Kini pembinaan Kompleks Yayasan Amal Malaysia diteruskan dengan Pembinaan Pusat Islam di Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor
“Sesungguhnya Tuhanku meluaskan kurnia rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya antara hamba-hambaNya dan menyempitkannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki”
(Surah As Saba : 39)
#PembangunanPendakwah
Pusat Dakwah Serantau atau PDS merupakan Pusat Pendidikan Dai’e Pendakwah Lapangan yang terletak di Labohan Dagang, Banting, Selangor
Pelajar Pusat Dakwah Serantau (PDS) dipilih melalui syarat-syarat yang khusus. Contohnya seperti muallaf, berasal dari kawasan pedalaman, minoriti muslim dan mempunyai semangat untuk mempelajari ilmu berkaitan Islam dan dakwah. Pelajar akan bermastautin selama 3 tahun untuk belajar di PDS.
WAKAF AL QURAN
#WakafSejutaAlQuran
Misi kami ialah untuk menyampaikan sejuta Al Quran kepada penduduk Islam yang memerlukan terutamanya di bumi Afrika
““Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain ”
(Hadis Riwayat Bukhari)
SEDEKAH SECARA BULANAN & SERTAI RELAWAN AMAL

#Dermawan Budiman
Sertai bersama dengan komuniti Dermawan Budiman AMAL
Dalam satu hari dalam kehidupan kita, pasti ada satu ketika, kita mahu membantu masyarakat yang lebih memerlukan. Kami mahu bersama-sama anda untuk meraikan hari tersebut..

Sertai #Relawan AMAL
Sertai pasukan Relawan AMAL yang berada di seluruh negeri
Tahukah anda, 1 daripada 7 orang merupakan nisbah masyarakat di dunia berada dalam paras kemiskinan?
Sertai kami dalam misi mengubahnya
LAPORAN AKTIVITI BERITA AMAL
LOKASI KAMI DI GOOGLE MAPS
Penafian : Yayasan Amal Malaysia tidak melantik pihak luar untuk membuat kutipan sumbangan di atas nama peribadi untuk menerima sumbangan bagi pihak Yayasan Amal Malaysia. Sumbangan yang sah hanya diterima melalui saluran Akaun Rasmi atas nama bank Yayasan Amal Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan seluruh negara sahaja.
BULETIN TERKINI AMAL
Yayasan Amal Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli parlimen ahli dewan undangan negeri yang telah memenangi pilihanraya. Laksanakanlah tanggungjawab dengan berhemat, amanah serta adil tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan perbezaan ideologi politik. Amanah bukanlah satu hadiah melainkan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di Yaumul Qiamah. Semoga harapan, tekad dan iltizam kita semua diiringi redha …
Tadika Amal Kunak Jaya berdiri di atas rumah usang, buruk dan tiada kelengkapan asas. Demi menginginkan anak-anak Sulu di Kunak Jaya ini mendapat pendidikan agama dan kemahiran membaca mengira dan menulis, maka Yayasan Amal Malaysia telah mengambil tindakan segera dengan membeli rumah tersebut dengan harga RM10,000. Sebulan selepas pembelian, ia dibaikpulih pada lantai, dinding dan …
Alhamdulillah. Akhir Syawal 2023. Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Borderless Humanity dan HIKMAH menganjurkan Ramah Tamah Aidilfitri bersama keluarga Iban Muslim kawasan di Pedalaman 1 di Rumah Panjang Gayau, Sri Aman, Sarawak. Kehadiran telah disambut baik oleh Tuai Rumah iaitu En. Abdul Taib Tibu B Abdullah serta 28 buah keluarga dri 10 buah pintu keluarga …
Akhiri Syawal dengan Mengeratkan Ukhwah Semuslim Read More »