#PembangunanPendakwah
Pusat Dakwah Serantau atau PDS merupakan Pusat Pendidikan Dai’e Pendakwah Lapangan yang terletak di Labohan Dagang, Banting, Selangor
Pelajar Pusat Dakwah Serantau (PDS) dipilih melalui syarat-syarat yang khusus. Contohnya seperti muallaf, berasal dari kawasan pedalaman, minoriti muslim dan mempunyai semangat untuk mempelajari ilmu berkaitan Islam dan dakwah. Pelajar akan bermastautin selama 3 tahun untuk belajar di PDS.