Program Sambutan Ramadhan Anjuran Amal Selangor Bantu Golongan Asnaf & Yang Terkesan Covid-19 -
Amal Qurban & YAM Anjur Kempen Ansuran Bulanan Qurban Aqiqah Di Bumi Afrika
April 1, 2021
Amal Kedah Berjaya Agih 1000 Naskhah Al-Quran Di Chad, Afrika
April 6, 2021

Bila tiba sahaja bulan Ramadhan, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merebut ganjaran yang dijanjikan sepanjang bulan mulia ini. Bukan itu sahaja, malah ada yang sudah mulai melakukan pelbagai amalan sebelum bermulanya Ramadhan.

Sehubungan itu, bagi menyambut kehadiran bulan Ramadhan tidak lama lagi, pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan program sambutan Ramadhan. Program yang berlangsung pada 1 April lepas bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.

Program sambutan Ramadhan yang berlangsung di Pandan Jaya, Selangor itu adalah bertujuan membantu golongan asnaf dan rakyat yang terkesan akibat dengan wabak Covid-19.

Tidak mengira bangsa dan agama, pihak Amal Selangor telah mengagihkan beras fidyah kepada golongan Muslim dan bantuan bahan mentah kepada mereka yang Non-Muslim. Selain itu juga sebanyak 70 pack makanan diberikan kepada mereka yang berkeluarga.

Program ini juga turut menerima pelbagai sumbangan daripada pelbagai pihak dan program telah berlangsung dengan jayanya. Bagi mereka yang ingin turut menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan ini boleh terus menghubungi pihak Yayasan Amal Malaysia dan pihak Amal Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *